Syarikat animasi tempatan, Monsta mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama dengan sebilangan syarikat antarabangsa untuk menawarkan kandungan animasi BoBoiBoy ke tayangan di seluruh China dan India. Kerjasama ini mendapat sokongan daripada MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation) dan WebTVAsia.

Tencent, iaitu salah satu syarikat pengeluaran kandungan digital terkenal di China akan bekerjasama bersama Monsta untuk menawarkan kandungan animasi BoBoiboy di pasaran china melallui platform penstriman video Tencent Video. Kerjasama ini juga disokong melalui kolaborasi antara WebTVAsia yang mana mereka bertanggungjawab untuk pengedaran animasi tersebut di China. Ketiga-tiga musim siri animasi BoBoiBoy dan juga filem BoBoiBoy: The Movie akan dialihbahasa kepada Bahasa Mandarin sempena perjanjian ini.

Tambahan juga, Monsta juga akan bekerjasama bersama DIsney Channel India dengan menawarkan tayangan animasi BoBoiBoy di subbenua India dengan kandungan bahasa Hindi, Tamil, Telugu dan Bahasa Inggeris.

Ini merupakan kejayaan yang besar oleh Monsta, yang mana sebelum ini mereka juga bekerjasama bersama Takara Tomy, iaitu salah satu pengeluar permainan terkenal di Jepun untuk menghasilkan mainan siri BoBoiBoy Galaxy TOMICA yang sudah terjual di pasaran Malaysia bermula tahun ini. Monsta juga sebelum ini telah mengeluarkan permua BoBoiBoy Galaxy Run di iOS dan android dengan kerjasama Gameloft.

Dengan penawaran kandungan animasi BoBoiBoy ke seluruh pasaran China, India dan termasuklah kini animasi tersebut sudah mula disiarkan sehingga di 55 negara seluruh dunia, Monsta berharap animasi ini akan mula dikenali kanak-kanak seluruh negara disamping meningkatkan dan membuka peluang yang lebih besar bagi industri animasi di Malaysia.

Sohor Kini