CryTek, iaitu pemilik dan pembangun enjin permainan CryEngine, menyaman pembangun permainan Star Citizen, iaitu Cloud Imperium Games kerana melanggar kontrak dan hak cipta.
Kedua-dua syarikat tersebut asalnya bekerjasama ketika mereka mengumumkan permainan tersebut dan mendapat dana daripada peminat hampiri $200 juta melalui Kickstarter pada 2012 lepas. Cloud Imperium Games asalnya menggunakan teknologi CryEngine oleh CryTek dan bekerjasama bersama pengeluar permainan video tersebut untuk promosi dan sebagainya.
Namun pada Disember 2016 lepas, Cloud Imperium Games mengumumkan bahawa mereka telah menukar enjin permainan Star Citizen kepada enjin permainan Lumberyard oleh Amazon, yang mana diperkatakan ia merupakan enjin permainan berdasarkan CryEngine. Oleh hal demikian, CryTek mengambil keputusan untuk menyaman Cloud Imperium Games akibat penukaran enjin permainan tersebut termasuklah merosakkan kolaborasi antara dua syarikat tersebut.
Menurut laporan Kotaku, Cloud Imperium Games akan mempertahankan kes tersebut terhadap CryTek termasuklah memulihkan sebarang kos dariapda CryTek yang terkesan daripada perkara ini.
Ketikat artikel ini ditulis, CryTek dan Cloud Imperium Games tidak memberi sebarang kenyataan rasmi tambahan. Seperti biasa, kami di Aksiz akan mengemaskini berita ini apabila ia diumumkan kelak.