Skip to main content

Sempena acara Comic Fiesta 2017 yang akan berlangsung pada hujung minggu ini, Garena bakal mengadakan acara kejohanan permainan Arena Of Valor dan League of Legends dengan jumlah hadiah bernilai lebih dari RM100,000. Acara tersebut akan berlangsung secara seiring bersama Comic Fiesta pada 16 sehingga 17 Disember ini di Kuala Lumpur Convention Centre.

Bagi permua Arena Of Valor, kejohanan Valor Cup akan berlangsung antara empat pasukan iaitu M8HEXA.ALPHA, M8HEXA.PARANOIA, Penang Food dan Resurgence. Keempat-empat pasukan tersebut akan bertempur untuk memenangi wang hadiah berjumlah RM70,000 pada hari pertama Comic Fiesta tersebut.

Manakala pada hari kedua Comic Fiesta, kejohanan Legacy Series akan berlangsung antara tiga pasukan Washed Up Mid, Circular Motion dan Nothing To Lose akan bertempur untuk memenangi wang hadiah bernilai RM35,000. Tambahan juga, dua pasukan teratas akan ditempatkan di kejohanan League of Legends Championship Malaysia Promotional Series.

Dengan kerjasama antara OPPO buat kejohanan Valor Cup bersama Armaggeddon buat kejohanan Legacy Series, Garena akan menjayakan kejohanan tersebut di Comic Fiesta 2017 pada hujung minggu ini.

Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksi pusingan akhir kejohanan Valor Cup dan Legacy Series pada hujung minggu ini di Comic Fiesta 2017.

Leave a Reply