Informasi Permainan Video Terkini
Permua Harry Potter Hogwarts Mystery Diumumkan – Bakal Tiba Di iOS Dan Android Pada 2018 Ini

Permua Harry Potter Hogwarts Mystery Diumumkan – Bakal Tiba Di iOS Dan Android Pada 2018 Ini

Diterbitkan pada Dis 13, 2017 oleh .

Selain permua(Permainan Mudah-Alih) Harry Potter Wizards Unite yang diumumkan oleh Niantic Lab November lepas, Warner Bros. Interactive Entertainment bersama Jam City mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan satu lagi permua buat siri Harry Potter pada 2018 ini.

Di dalam permua Harry Potter Hogwarts Mystery, pemain akan berpeluang untuk mencipta watak mereka sendiri dan mendaftarkan diri sebagai pelajar sekolah sihir Hogwarts tersebut. Pemain juga berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti sekolah tersebut termasuklah bertemu watak-watak dari dunia Harry Potter.

Ketika artikel ini ditulis, Warner Bros Interactive Entertainment dan Jam City masih belum lagi mengumumkan sebarang paparan skrin mahupun bentuk permainan bagi permua tersebut. Namun permua tersebut dibangunkan oleh Jam City, iaitu mereka terkenal dengan permua Futurama: Worlds of Tomorrow iaitu permainan simulasi pembinaan kota. Mungkinkah kita bakal melihat bentuk permainan yang sama seakan permua tersebut bagi permua Harry Potter Hogwarts Mystery?


TIPS & ULASAN