Skip to main content

Niantic Labs hari ini mengumumkan bahawa mereka kini sedang membangunkan permua (Permainan Mudah-Alih) realiti-gabungan berdasarkan Harry Poter. Dengan kerjasama Warner Bros. Interactive, mereka bakal melancarkan permua Harry Potter: Wizards Unite pada tahun 2018 ini dengan menggunakan sistem permainan bentuk realiti-gabungan seperti permua mereka sebelum ini, Pokemon Go dan Ingress.

Asalnya, permua ini diura-urakan tahun lepas. Kini Niantic Labs akhirnya mengumumkan secara rasmi di blog rasmi mereka. Menurut Niantic Labs juga, permua tersebut bakal mempunyai sistem permainan yang hampir sama seperti Ingress dimana pemain perlu mengembara di dunia sebenar untuk mengumpul kuasa magis, bertempur dengan musuh dan sebagainya.

Niantic Labs adalah pembangun permainan yang terkenal dengan bentuk permainan gabungan-realiti. Antara permainan yang dibangunkan oleh mereka adalah Pokemon Go dan Ingress

Leave a Reply