Arena e-sukan kian menjadi perbualan ramai akhir-akhir ini dengan populariti pelbagai permainan sedia ada seperti Dota, FIFA, LOL dan sebagainya – dan tidak ketinggalan permainan baru yang mencipta nama seperti PUBG dan lain-lain.
Disamping menjadi acara yang difokuskan ramai pengemar dunia permainan video, ia juga turut telah mula menerima perhatian badan-badan sukan terkemuka. Sebelum ini, ia telah diperkatakan acara e-sukan akan dipertandingkan untuk pingat pada Sukan Asia 2022 kelak.
Kini, selari dengannya, Majlis Sukan Negara dalam persiapan untuk menyediakan skuad kebangsaan untuk mewakili Sukan Asia, dan akan tubuhkan bahagian sukan elektronik khusus dibawah mereka.
Penubuhan bahagian tersebut juga sekaligus akan mengiktiraf e-sukan sebagai sebuah sukan utama negara. Seperti biasa, pelbagai bantuan dan peruntukkan akan disediakan untuk berlatih bagi menghadapi temasya Sukan Asia 2022 kelak.
Majlis Sukan Negara akan mulakan pencarian pegawai yang mahir dalam arena ini, sekaligus membangunkan skuad e-sukan terhebat dalam terus mengharumkan nama negara.
Kita mungkin mendengar lanjut mengenai unit atau bahagian baru ini dalam masa terdekat ini.
Menurut Menteri Belia & Sukan YB Brig. Jen. @Khairykj, unit bahagian E-Sports bakal ditubuhkan @MSNMALAYSIA untuk memastikan negara kita akan bersaing di #AsianGames2022. Berita baik buat semua pro gamers negara! 😎🎮 Anda setuju tak dengan keputusan ini? 😁 #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/dBGMSWBab8
— Team Malaysia (@TeamMsia) December 12, 2017