Pada 2 Disember yang lepas, kami di Aksiz berpeluang untuk menyaksikan tayangan perdana bagi filem Pokemon The Movie: I Choose You! di MBO Starling Damansara. Dengan kerjasama antara Primeworks Studios dan Animonsta Studio, kedua-dua syarikat tersebut kini membawa filem tersebut bersempena dengan ulang tahun yang ke-20 bagi siri Pokemon tersebut.

Peminat siri Pokemon pasti akan menyukai saat dimana Ash bertemu dengan Pikachu di dalam siri anime Pokemon musim pertama yang ditayangkan pada tahun 1999 lepas. Kini, anda sekali lagi dapat menginang semula saat tersebut dimana filem ini menghidupkan semula adegan itu dengan membawa sedikit kelainan di dalam siri Pokemon dengan menyertakan sebilangan Pokemon generasi kini.

Filem Pokemon The Movie: I Choose You! membawa pengembaraan Ash dan Pikachu di saat mereka bertemu dengan Ho-Oh iaitu salah satu Pokemon Lagenda. Dengan ditemani oleh watak baru Sorrel dan Verity, mereka mengembara seluruh rantau untuk mencari Pokemon Ho-Oh.

Pokemon The Movie: I Choose You! sememangnya memaparkan sebilangan adegan yang menyedihkan dan juga menghiburkan. Dengan mengambil beberapa plot utama daripada musim pertama Pokemon, filem ini memaparkan hasil yang sangat memuaskan terutamanya bagi mereka yang menonton musim pertama siri anime Pokemon.

Filem ini seolah surat cinta manis khas bagi peminat siri Pokemon musim pertama dengan pengembaran Ash bersama Pikachu termasuklah adegan terkenal bersama Charmander yang berevolusi sehinggalah Charizard.

Bagi anda yang berminat untuk menyaksi kembali saat Ash bertemu Pikachu, anda boleh menonton filem Pokemon The Movie: I Choose You! sekarang dimana-mana pawagam rasmi di Malaysia.

Sohor Kini