Informasi Permainan Video Terkini
Evil Geniuses, Team Secret, ViCi Gaming, Dan Fnatic Turut Menerima Jemputan Terus Ke ESL One Genting 2018

Evil Geniuses, Team Secret, ViCi Gaming, Dan Fnatic Turut Menerima Jemputan Terus Ke ESL One Genting 2018

Diterbitkan pada Dis 7, 2017 oleh .

Lanjutan daripada perkongsian 4 pasukan pertama yang menerima jemputan terus ke ESL One Genting 2018, hari ini pihak penganjurnya berkongsi lanjut empat lagi pasukan yang menerima jemputan terus ke acara berkenaan.

Empat pasukan lagi yang menerima jemputan terus adalah Evil Geniuses, Team Secret, ViCi Gaming, dan juga Fnatic.

ESL One Genting 2018

Dengan pengumuman ini, sebanyak 8 pasukan telah diumumkan yang menerima jemputan terus – termasuk Team Liquid, Team Secret, NewBee dan juga Mineski.

ESL One Genting 2018 akan berlangsung pada penghujung Januari 2018 kelak, dimana satu lagi pasukan yang menerima jemputan terus akan diumumkan – selain pasukan-pasukan yang melepasi fasa saringan di pelbagai negara.