Informasi Permainan Video Terkini
Peta Kawasan Padang Pasir Terbaru Buat Permainan Player Unknown’s Battlegrounds Akan Diumumkan Ketika The Game Awards 2017

Peta Kawasan Padang Pasir Terbaru Buat Permainan Player Unknown’s Battlegrounds Akan Diumumkan Ketika The Game Awards 2017

Diterbitkan pada November 30, 2017 oleh .

Geoff Keighley, pengacara acara The Game Awards 2017 hari ini mengumumamkan di Twitter rasmi beliau bahawa peta terbaru buat permainana Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG) akan diumumkan pada acara tersebut.

Menurut Geoff juga, pengumuman tersebut akan disertakan bersama bentuk permainan bagi peta kawasan padang pasir buat pertama kalinya secara langsung ketika acara tersebut berlangsung.

The Game Awards merupakan acara tahunan yang mana ia merupakan acara anugerah permainan video terbaik yang dihoskan oleh Geoff Keighley. Ia bakal di adakan di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 7 Disember ini. Anda juga boleh melayari laman rasmi The Game Awards untuk membuat undian bagi pelbagai anugerah permainan terbaik yang dilancarkan tahun ini.

Laman Rasmi : The Game Awards