2015 lepas, kita dikejutkan dengan permainan Her Story yang dibangunkan oleh Sam Barlow yang mana ia merupakan permainan interaktif filem yang mendapat pelbagai pujian dan anugerah berkenaan penceritaannya yang unik. Kini, beliau bekerjasama bersama MGM dan Eko dan melancarkan permainan #WarGames yang mana ia berdasarkan filem WarGames yang dilancarkan pada 1983.

Menurut Sam Barlow, permainan tersebut akan memfokus budaya pengodaman yang berluasa di era moden sekarang. Pemain akan berpeluang untuk memandu penceritaan tersebut dengan bentuk permainan seakan Her Story.

Menurut Sam Barlow juga, walaupun permainan tersebut berdasarkan filem WarGames, namun ia beliau menyatakan beliau akan mengubah bentuk dan penceritaan teknologi permainan tersebut yang lebih kontemporari.

Buat masa ini, Sam Barlow masih belum mengumumkan sebarang informasi lanjut berkenaan permainan #WarGames tersebut. Seperti biasa kami akan berkongsi informasi lanjut apabila ia diumumkan kelak.

Sohor Kini