Lanjutan daripada pengumuman permainan aksi terbaru berasaskan manga, iaitu Gintama : Project Last Game, hari ini pihak Bandai Namco mengesahkan permainan berbahasa Jepun berkenaan akan ditawarkan di rantau Asia Tenggara.

Gintama

Ia akan ditawarkan dalam bahasa Jepun, tetapi dilengkapkan dengan sarikata berbahasa Inggeris. Permainan pertama Gintama ini akan menawarkan permainan berbentuk aksi lawan, dan ditawarkan untuk PlayStation 4 di rantau Asia Tenggara – termasuk Malaysia.

Bersama-sama perkongsian lanjut ini, Bandai Namco juga kini membuka undian untuk kandungan tambahan yang bakal ditawarkan untuk pemain di rantau ini. Bagi anda yang meminati dan menantikan permainan ini, mungkin boleh ke laman khusus di Facebook, dan melakukan undian anda untuk kandungan DLC bagi permainan ini.

Sohor Kini