Gintama merupakan salah satu manga dan anime yang popular, mengambil latar pada era samurai – dimana watak utamanya menentang makhluk asing. Ia sangat popular bukan sahaja di Jepun, tetapi turut menjadi bualan dikalangan peminat manga dan anime.
Kini, Bandai Namco baru sahaja mengumumkan sebuah permainan video baru untuknya, dikenali dengan nama “Project Last Game”. Melalui video pengumuman yang dikeluarkan, permainan berkenaan hanya diperlihatkan sedikit sahaja tetapi menunjukkan grafik yang baik lebih kurang seumpama pada anime.
Permainan berbentuk aksi lawan ini bakal hadir untuk PlayStation 4 dan juga PS Vita. Buat masa ini, ia hanya diumumkan untuk pasaran Jepun sahaja, dan tidak diketahui sama ada bakal ditawarkan untuk pasaran global atau tidak.
Masih tiada lagi tarikh pelancaran dan juga pelancaran di seluruh dunia, tetapi ini merupakan permainan Gintama tunggal yang pertama kalinya bakal dikeluarkan.
https://www.youtube.com/watch?v=3tcETNweLn0