Bagi anda yang menyukai permainan SuperHot yang dibangunkan oleh SuperHot Team, kini mereka mengumumkan pernamabah terbaru iaitu SuperHot: Mind Control Delete.

https://www.youtube.com/watch?v=mHu8lF3N4HE

SuperHot: Mind Control Delete merupakan permainan kendiri dimana anda tidak perlu membeli permainan teras SuperHot untuk bermainnya. SuperHot Team juga menyatakan bahawa bagi mereka yang mempunyai permainan SuperHot, pernambahan ini akan dilancarkan secara percuma melalui kemaskini.

SuperHot: Mind Control Delete mempunyai bentuk permainan yang sama seperti SuperHot, namun ia mempunyai konsep dunia yang dijana secara kendiri yang akan mengubah keseluruhan bentuk permainan dunia tersebut.

SuperHot Team masih belum mengumumkan tarikh pelancaran bagi permainan tersebut, namun ia bakal tiba di akses awal melalui Steam pada 8 Disember ini. Anda juga boleh mendapatkan permainan teras SuperHot sekarang melalui Steam dengan harga RM47.

Steam : SuperHot: Mind Control Delete

Sohor Kini