Skip to main content

Di dalam arena e-sukan mahupun sukan-sukan lain, semestinya terdapat sebilangan pemain profesional yang sering mengejek pemain lawan. Namun, ketika kejohanan Zotac Cup pusingan akhir, pemain Lim “Larva” Hong Gyu mengejek pemain lawan dengan bermain permainan Star Craft dengan menggunakan kaki.

Menurut laporan PC Gamer, Larva juga bermain dengan membuat unit permainan tersebut menari daripada membuat sebarang persediaan ketika bermain. Ketika pusingan ketiga dan terakhir permainan itu juga, beliau juga sempat tidur ketika bermain.

Namun, dengan segala tingkah-laku yang dilakukan oleh beliau, Larva tetap menjuarai kejohanan. Walaubagaimana pun, tindakan ini juga mendapat kecaman daripada komuniti e-sukan seluruh dunia. Terdapat juga sokongan yang diberikan oleh peminat berkenaan tindakan beliau.

Zotac juga memberi kenyataan rasmi yang mana mereka tidak menyokong dan meluluskan sebarang tindakan mengejek oleh Larva tersebut. Pada masa akan datang, Zotac juga mungkin akan mengharamkan Larva untuk menyerta sebarang kejohanan oleh mereka.

Larva juga memuat-naik video menerangkan keadaan tersebut dimana Zotac cawangan China yang mengambil tindakan untuk mengharamkan beliau. Namun, Zotac cawangan Korea dan Amerika Syarikat juga sedang membantu beliau untuk menyelesaikan kontroversi ini. Ketika artikel ini ditulis, Zotac dan Larva tidak memberi sebarang kenyataan tambahan berkenaan pengharaman Larva menyertai sebarang kejohanan.

Leave a Reply