Bersempena dengan ulangtahun yang pertama bagi permainan Final Fantasy XV, Square-Enix akan mengadakan acara siaran langsung khas, Active Time Report bagi permainan tersebut pada 29 November ini jam 9 malam (Waktu Malaysia).

Siaran tersebut akan menginang kembali sepanjang setahun setelah pelancaran bagi permainan Final Fantasy XV pada 29 November 2016 yang lepas dan juga Square-Enix bakal berkongsi berkenaan kaji selidik mod multi-pemain FFXV: Comrades bersama pernambahan DLC yang bakal tiba Disember ini, Episode Ignis.

Square-Enix juga menyatakan bahawa mereka akan mengumumkan satu kejutan kemaskini bagi permainan tersebut yang bakal tiba bersama pada Disember ini. Seperti biasa, kami di Aksiz akan berkongsi kemaskini tersebut apabial ia diumumkan kelak oleh Square-Enix.

Final Fantasy XV merupakan permainan RPG pengembaraan yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh Square-Enix. Perkembangan daripada permainan tersebut, menghasilkan Final Fantasy XV Universe dengan pelbagai media dan juga permainan-permainan tambahan lain seperti filem Kingsglaive: Final Fantasy XV, anime Brotherhood: Final Fantasy XV, Monster Of The Deep: Final Fantasy XV dan sebagainya. Square-Enix juga bakal melancarkan Final Fantasy XV: Windows Edition pada awal tahun 2018.

Sohor Kini