Pada Julai lepas, Bandai Namco mengumumkan mereka akan membawa dua DLC watak tambahan dari permainan siri yang lain ke Tekken 7. Antaranya adalah Geese Howard, iaitu watak daripada siri Fatal Fury dan King Of Fighter bakal tiba pada 30 November ini khas di permainan Tekken 7.

Geese Howard akan disertakan sebagai DLC pernambahan bersama kawasan khas Howard Estate dan juga kostum-kostum tambahan beliau. Geese Howard juga boleh dimainkan bersama mod permainan Ultimate Tekken Bowl yang mana ia merupakan pernambahan DLC pertama bagi permainan Tekken 7.

Beberapa minggu yang lepas, Bandai Namco juga mengumumkan watak Noctis daripada Final Fantasy XV juga bakal tiba di permainan Tekken 7 pada musim bunga 2018 ini.

Tekken 7 adalah permainan perlawanan yang dilancarkan oleh Bandai Namco Jun yang lepas di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini