Bagi mereka yang pernah menonton trailer acah pertama Kara yang dipertontonkan pada 2012 oleh Quantic Dream, anda pasti mengetahui berkenaan trailer tersebut merupakan fasa pencubaan bagi permainan Detroit: Become Human yang mana ia merupakan permainan seterusnya oleh Quantic Dream.

Melalui video tersebut, David Cage berkongsi berkenaan proses pembangunan trailer tersebut dimana beliau bekerjasama bersama Valorie Curry iaitu pelakon suara latar bagi watak Kara. David Cage juga menyatakan mereka membina robot android tersebut yang mempunyai elemen seakan manusia sekaligus ia memberi sifat empati terhadap watak tersebut bersama penonton.

Pada Tokyo Game Show 2017 September lepas, saya berpeluang untuk menemu-ramah untuk Guillaume de Fondaumière, penerbit eksekutif bagi Quantic Dream. Pada Playstation Experience 2017 SEA Ogos lepas juga saya berpeluang untuk berkongsi pandang pertama untuk permainan tersebut.

Detroit: Become Human dirancangkan untuk dilancarkan pada musim bunga 2018 ini secara esklusif Playstation 4.

Sohor Kini