Bandai Namco minggu ini memperacahkan permainan baru dimana ia memaparkan mikrowave dan telur yang mana ia merupakan satu adegan ikonik daripada siri anime My Hero Academia. Laman tersebut juga menyertakan kiraan masa “Tinggal 7 Hari” dimana Bandai Namco mungkin akan mengumumkan permainan tersebut pada 5 Disember ini.

Laman tersebut memaparkan mikrowave dan apabila ia diklik, sebiji telur akan keluar jatuh daripada mikrowave tersebut. Kemudian, kiraan masa hari akan dipaparkan selepas itu. Tambahan pula, pada URL laman tersebut, ia dituliskan sebagai “mhaoj” dimana MHA mungkin merupakan ringkasan daripada My Hero Academia.

Buat masa ini, Bandai Namco tidak mengumumkan sebarang lagi informasi tambahan berkenaan permainan tersebut. Seperti biasa, Kami di Aksiz akan berkongsi berita lanjut selepas Bandai Namco mengumumkan permainan yang diperacahkan oleh mereka.

Laman Rasmi Acah Permainan : MHAOJ

Sohor Kini