Tampaknya, selain pengumumam watak terbaru buat permainan Dragonball FighterZ, minggu ini Capcom juga mengumumkan watak terbaru buat permainan Marvel VS Capcom: Infinite iaitu watak Winter Soldier, Black Widow dan Venom daripada siri adiwira Marvel.

Ketiga-tiga watak tersebut bakal tiba di permainan tersebut pada 5 Disember ini dengan penyertaan daripada pas musim permainan tersebut. Bagi mereka yang membeli pas musim Marvel VS Capcom: Infinite, watak-watak tersebut akan disertakan bersama Black Panther, Sigma dan Monster Hunter yang diumumkan Oktober lepas.

Marvel VS Capcom: Infinite telah dilancarkan pada 19 September lepas buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini