Marvel VS Capcom: Infinite ialah permainan perlawanan yang dilancarkan pada 19 September yang lepas di Playstation 4, Xbox One dan PC. Ia dibangunkan oleh Capcom dan merupakan siri permainan kolaborasi perlawanan watak-watak dari Marvel dan Capcom.

Ketika pengumuman tarikh pelancaran permainan ini pada E3 Jun yang lepas, Capcom sempat berkongsi berkenaan watak pernambahan DLC iaitu Sigma dan Black Panther. Kini Capcom akhirnya berkongsi bentuk permainan dan pertempuran bagi watak-watak tersebut.

Kedua-dua watak yang diumumkan tersebut mempunyai pelbagai teknik pertempuran yang ikonik berdasarkan permainan asal mereka. Seperti serangan Sigma dengan tenaga laser dan pedangnya. Manakala bagi Black Panther ialah serangan kombinasi kuku vibranium di pakaiannya.

Bagi mereka yang membeli pas musim untuk permainan Marvel VS Capcom: Infinite ini, anda bakal mendapat watak Sigma, Black Panther dan Monster Hunter bersama dengan kostum tambahan mereka pada 17 Oktober ini.

Sohor Kini