Minggu ini, menurut laporan Siliconera, pengarah permainan Final Fantasy XV, Hajime Tabata menyatakan bahawa beliau bakal mula untuk membangunkan permainan seterusnya bermula 2018 ini. Dengan perkembangan Final Fantasy XV Universe dimana DLC pernambahan Episode Ignis dan Final Fantasy XV: Windows Edition bakal tiba Disember dan tahun hadapan, Hajime Tabata tampaknya sibuk dengan pembangunan permainan-permainan tersebut.

Namun, di dalam isu terbaru majalah Famitsu, Hajime Tabata menyatakan beliau bakal bermula untuk melakukan projek terbaru bermula tahun hadapan. Beliau juga menyatakan dengan pengalaman beliau membangunkan permainan Final Fantasy XV, beliau ingin mencabar diri beliau untuk mengembangkan lagi permainan barunya tersebut. Hajime Tabata sebelum ini juga pernah menyatakan beliau berminat untuk menghasilkan permainan seakan Legend of Zelda Breath of the Wild.

Buat masa ini, Hajime Tabata tidak memberi sebarang butiran lanjut berkenaan permainan terbaru olehnya, namun kita mungkin akan mengetahuinya dengan lebih lanjut selepas pelancaran Final Fantasy XV: Windows Edition pada awal 2018.

Sohor Kini