Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Brutal Legend Kini Ditawarkan Secara Percuma Untuk Tempoh Terhad
PC

Permainan Brutal Legend Kini Ditawarkan Secara Percuma Untuk Tempoh Terhad

Diterbitkan pada November 21, 2017 oleh .

Humble Store nampaknya kini aktif menawarkan beberapa permainan percuma kepada para pengguna platform mereka. Selepas menawarkan Killer Is Dead sebelum ini, hari ini Humble Store turut telah mula menawarkan permainan Brutal Legend secara percuma.

Seperti biasa, ia ditawarkan untuk tempoh terhad selama dua hari – dimana pengguna perlu menebusnya, dan boleh memainkan ia pada bila-bila masa.

Brutal Legend menawarkan bentuk permainan aksi pengembaraan dan strategi masa-nyata.

Bagi anda yang berminat, boleh menebus permainan ini hari ini secara percuma untuk dimainkan pada Windows, macOS dan Linux.

Muat-Turun Brutal Legends di Humble Store