Informasi Permainan Video Terkini
Killer is Dead : Nightmare Edition Boleh Dimuat-Turun Percuma Untuk Masa Terhad
PC

Killer is Dead : Nightmare Edition Boleh Dimuat-Turun Percuma Untuk Masa Terhad

Diterbitkan pada November 17, 2017 oleh .

Humble Store sering menawarkan beberapa permainan secara percuma hampir setiap minggu. Kini, untuk penghujung minggu ini, Humble menawarkan permainan Killer is Dead : Nightmare Edition secara percuma kepada pengguna PC.

Killer is Dead : Nightmare Edition menawarkan permainan dimana anda memainkan watak pembunuh menggunakan pedang katana, dan lenggan cybernatic yang boleh berubah kepada senjata pilihan. Seperti biasa, anda akan diperlukan untuk membunuh pihak musuh dan menyelesaikan misis yang disediakan.

Bagi anda yang berminat, boleh menebus permainan Killer is Dead ini secara percuma daripada Humble Store untuk masa yang terhad penghujung minggu ini.

Muat-Turun Killer is Dead : Nightmare Edition


TIPS & ULASAN