Permainan Tiny Metal Ditangguhkan Ke 21 Disember

Oktober lepas, permainan yang dibangunkan oleh Area 35, Tiny Metal diumumkan yang mana ia bakal tiba pada 21 November ini di konsol Playstation 4, Nintendo Switch dan PC. Kini, pihak Unties dan Area 35 mengumumkan bahawa permainan tersebut akan ditangguhkan sehingga 21 Disember ini.

Tiny Metal merupakan permainan yang diinspirasikan daripada Advance War di GameBoy Advance yang dilancarkan 2001 yang lepas. Ia merupakan permainan strategi turutan yang memfokuskan peperangan kereta kebal dan artileri bersenjata.

Menurut pembangun permainan tersebut, mereka memerlukan masa untuk menaik-taraf kualiti permainan bersama menambah fungsi-fungsi terbaru untuk permainan tersebut.

Bagi anda yang meminati permainan bentuk strategi seperti Advance Wars, jangan lupa untuk menandakan di kalendar anda pada 21 Disember ini untuk mendapatkan permainan Tiny Metal di Playstation 4, Nintendo Switch dan PC.

Sohor Kini