Informasi Permainan Video Terkini
Tiny Metal Bakal Dilancarkan Di Playstation 4, Nintendo Switch Dan PC Pada 21 November Ini

Tiny Metal Bakal Dilancarkan Di Playstation 4, Nintendo Switch Dan PC Pada 21 November Ini

Diterbitkan pada Okt 17, 2017 oleh .

Tiny Metal adalah permainan yang diinspirasi daripada siri permainan Advance Wars yang dilancarkan pada tahun 2001 di GameBoy Advance, kini Unties bakal melancarkan permainan Tiny Metal secara global pada 21 November ini di Playstation 4, Nintendo Switch dan PC.

Tiny Metal adalah permainan strategi turutan yang dibangunkan Area 35. Pemain akan bermain sebagai Leftenan Artemissian, iaitu Nathan Gries dan mengawal beliau untuk meraih kemenangan di dalam peperangan bersama Zipang. Menurut pembangun permainan tersebut, permainan ini bakal mengandungi 8 hingga 10 jam kempen solo dan terdiri pelbagai jenis bentuk strategi permainan yang bakal menguji pemain.

Bagi anda yang meminati permainan bentuk strategi seperti Advance Wars, jangan lupa untuk menandakan di kalendar anda pada 21 November ini untuk mendapatkan permainan Tiny Metal di Playstation 4, Nintendo Switch dan PC.