Kejohanan League Of Legends dan FIFA Online 3 antara universiti-universiti seluruh Malaysia, Garena Student Alliance (GSA) Championship 2017 akhirnya ke pusingan terakhir pada 18 November ini bertempatkan di Asia Pacific University of Technology & Innovation, Kuala Lumpur.

Sebanyak 34 universiti yang bertanding untuk meraih kemenangan jumlah wang hadiah bernilai RM62,000 dengan sebahagian biasiswa. Kini, sebanyak 6 pasukan yang bakal bertempur untuk pusingan akhir hujung minggu ini untuk meraih kejuaraan GSA Championship 2017.

Bagi kejohanan League of Legend, Taylor’s University akan bertempur dengan INTI International College. Manakala bagi kejohanan FIFA Online 3, INTI akan bertempur UTeM manakala APU akan bertempur dengan UNISEL.

Anda juga dijemput untuk menghadiri acara kejohanan tersebut dan berpeluang untuk mendapat pelbagai barangan khas GSA Championship 2017 pada hujung minggu ini.

Jangan lupa untuk menghadirkan diri anda di Asia Pacific University of Technology & Innovation, Kuala Lumpur pada 18 November ini bermula jam 10:30 pagi sehingga 7:30 malam.

Sohor Kini