Informasi Permainan Video Terkini
The Game Awards 2017 – Acara Anugerah Permainan Video Bakal Berlangsung 7 Disember Ini

The Game Awards 2017 – Acara Anugerah Permainan Video Bakal Berlangsung 7 Disember Ini

Diterbitkan pada November 15, 2017 oleh .

The Game Awards kini kembali untuk tahun 2017 dimana ia merupakan acara tahunan anugerah permainan video terbaik yang dihoskan oleh Geoff Keighley. Ia bakal di adakan di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 7 Disember ini. Menurut Geoff juga, beliau bakal mengumukan pelbagai pengumuman terbaru dan juga orkestra khas ketika acara tersebut.

Terdapat 29 kategori anugerah yang bakal di umumkan dan anda juga berpeluang untuk memberi undian anda di laman rasmi The Game Awards. Bermula daripada permainan terbaik bagi tahun 2017, sehinggalah permainan terbaik indie, anda boleh membuat undian dengan mendaftar dengan Facebook akaun anda di laman rasmi The Game Awards.

Seperti biasa kami di Aksiz akan berkongsi berkenaan The Game Awards apabila ia dipertayangkan kelak. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut dan membuat undian bagi permainan-permainan yang diumumkan, anda boleh melayari laman rasmi The Game Awards dibawah.

Laman Rasmi : The Game Awards