Informasi Permainan Video Terkini
Activision Disaman AM General Kerana Menggunakan Kenderaan Humvee Di Dalam Permainan Call Of Duty

Activision Disaman AM General Kerana Menggunakan Kenderaan Humvee Di Dalam Permainan Call Of Duty

Diterbitkan pada November 10, 2017 oleh .

Pengilang kenderaan Humvee, AM General minggu ini mengambil langkah untuk menyaman Activision kerana menggunakan kenderaan Humvee di dalam permainana Call Of Duty. Menurut mereka, Activision menggunakan rekaan kenderaan tersebut di dalam permainan Call Of Duty tanpa kebenaran mereka.

Menurut Laporan Reuters, AM General menuduh Activison mengambil kesempatan dengan menggunakan status penjenamaan Humvee juga dikenali sebagai HMMWV. Humvee sememangnya digunakan oleh tentera Amerika Syarikat sebagai pengakutan rasmi.

Sebilangan permainan Call Of Duty telah menggunakan kenderaan tersebut bermula daripada Call Of Duty 4: Modern Warfare. Kenderaan tersebut pula sering digunakan di dalam adegan permainan dan termasuklah promosi diluar permainan tersebut.

Namun buat masa ini, Activision tidak memberi sebarang komen berkenaan menyaman tersebut dan juga sebarang tuduhan yang dinyatakan oleh AM General.