Informasi Permainan Video Terkini
Electronic Arts Memperoleh Respawn Entertainment

Electronic Arts Memperoleh Respawn Entertainment

Diterbitkan pada November 10, 2017 oleh .

Electronic Arts hari ini mengumumkan melalui laman rasmi mereka bahawa mereka bakal memiliki Respawn Entertainment. Respawn Entertainment adalah pembangun permainan yang terkenal dengan permainan Titanfall. Mereka juga sekarang sedang membangun permainan Star Wars dan juga permainan realiti-maya dimana mereka bekerjasama bersama Oculus.

Melalui penjanjian tersebut, Electronic Arts akan membayar sebanyak $151 juta dalam bentuk tunai dan sehingga $164 juta untuk ekuiti jangka masa panjang sehingga empat tahun. Electronic Arts juga perlu membayar sehingga $140 juta mengikut kejayaan syarikat tersebut berkenaan pembangunan permainan pada masa akan datang sehingga 2022.

Tindakan ini sememangnya bukanlah suatu yang mengejutkan kerana kedua-dua permainan Titanfall yang dibangunkan oleh Respawn Entertainment dikeluarkan oleh Electronic Arts. Menurut CEO Electronic Arts, Andrew Wilson, kerjasama mereka sepanjang di industri permainan video ini sering membawa pelbagai kejayaan dengan pengalaman yang menarik dan inovatif buat pemain seluruh dunia. Dengan Respawn Entertainment menyertai Electronic Arts, mereka berharap pada masa akan datang mereka bakal menjayakan lagi banyak permainan pada masa akan datang.