Bermula hari ini sehingga 12 November ini, Sunway Pals bekerjasama dengan IGN SEA bakal mengadakan acara permainan video Play IGN di Sunway Velocity di Kuala Lumpur.

Di acara tersebut akan terdapat pelbagai demonstrasi permainan video, dan juga sesi temu-ramah bersama pembangun-pembangun permainan tempatan, atlet e-sukan dan sebagainya.

Tambahan juga dengan sokongan Sony Playstation, Play Everything, anda berpeluang untuk mencuba pelbagai permainan-permainan oleh Playstation dan juga berpeluang untuk mencuba set realiti-maya Playstation VR.

IGN SEA juga akan menyediakan pelbagai barangan rasmi IGN bersama pelbagai hadiah dimana pengunjung berpeluang untuk memenangi termasuklah sebuah Playstation 4 Berkas bersama FIFA 18.

Jangan lepaskan peluang anda untuk menghadirikan diri di Sunway Velocity bermula hari ini sehinggalah 12 November ini. Manakala pada 14 hingga 19 November ini, acara tersebut akan berlangsung di Sunway Pyramid. Kemasukan adalah percuma. Untuk pelbagai lagi informasi berkenaan acara tersebut, anda boleh melayari laman rasmi IGN SEA dibawah.

Sohor Kini