Bandai Namco minggu ini berkongsi trailer terbaru bagi permainan Dragonball FighterZ dengan memfokuskan watak Android 16. Menariknya juga, video trailer ini memaparkan muzik tema yang sangat menarik seolah seperti muzik kelab untuk watak Android 16 tersebut.
Android 16 adalah salah seorang watak musuh yang terdapat di dalam siri anime Dragonball Z. Beliau ada android yang dihasilkan oleh Dr. Gero bersama Android 17 dan Android 18. Melalui permainan Dragonball FighterZ, watak Android 16 bakal menjadi watak utama yang memfokuskan penceritaan permainan tersebut bersama watak terbaru yang dihasilkan khas bagi permainan Dragonball FighterZ iaitu Android 21. Di dalam permainan tersebut, pemain berupaya untuk menghasilkan pelbagai serangan termasuklah serangan ikonik Android 16 meriam tangan beliau.
Dragonball FighterZ akan dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC pada 26 Januari ini. Anda sudah boleh membuat pra-tempahan bagi permainan ini di mana-mana pengadar rasmi permainan ini di Malaysia.