Skip to main content

Dengan pelancaran Xbox One X minggu ini dan juga Playstation 4 Pro tahun lepas, konsol permainan video kini telah menjadi seolah seperti peranti-peranti telefon pintar dimana setiap pelancaran peranti baru, pengeluar-pengeluar peranti tersebut sering mengeluarkan peranti yang mempunyai sistem yang sama dan pernaik-taraf spesifikasi yang lebih tinggi.

Menurut laporan Gamespot bersama CEO Ubisoft, Yves Guillmot menyatakan bahawa mereka percaya yang mana konsol generasi seterusnya bakal tiba sekurangnya dua tahun lagi. Beliau juga menyatakan belia gembira dengan Sony dan Microsoft dengan melancarkan konsol yang dinaik-taraf dengan sokongan 4k. Dengan pelancaran konsol tersebut, beliau juga percaya yang mana ia akan membantu industri permainan video untuk pembangun membangunkan permainan yang lebih cantik dan optimum buat pemain-pemain.

Dengan pelancaran konsol terbaru tersebut juga, ia juga memastikan bahawa konsol tersebut akan bertahan lebih lama di generasi konsol kini berbanding generasi konsol-konsol sebelum ini. Ia juga memudahkan penggunakan untuk memilih konsol yang terbaik untuk mereka mengikut bajet dan keperluan setiap pengguna.

Leave a Reply