PlayerUnknown’s Battlegrounds Kini Telah Terjual Lebih 20 Juta Salinan

PlayerUnknown’s Battlegrounds merupakan salah satu permainan yang mencipta pelbagai rekod baru pada tahun 2017 ini, selain turut menjadi bualan ramai. Terkini, pembangunnya mengumumkan satu lagi pencapaian menarik untuk mereka, dimana permainan berkenaan kini telah terjual lebih 20 juta salinan di Steam. Ini adalah peningkatan dua kali ganda berbanding 10 juta salinan yang diumumkan pada September lalu.


PlayerUnknown’s Battlegrounds telah ditawarkan di Steam dibawah Early Access sejak bulan Mac yang lepas. Versi 1.0 untuk PC dijanjikan akan hadir pada Disember ini dan pada masa yang sama versi Xbox One turut akan dilancarkan.

Melalui permainan ini, pemain akan memainkan konsep Battle Royale, dimana anda akan dihimpunkan di suatu lokasi, dan perlu bertahan dengan membunuh pemain yang lain. Pemain paling terakhir bertahan akan dinobatkan sebagai pemenang.

Sohor Kini