Skip to main content

PlayerUnknown’s Battlegrounds atau dikenali dengan nama PUBG adalah salah satu permainan yang menjadi bualan ramai pada tahun ini – termasuk memecahkan rekod menjadi permainan paling popular di Steam dengan angka pemain serentak melangkaui 2 juta pemain pada sesuatu masa.

PUBG menawarkan bentuk permainan Battle Royale, dimana sekitar 100 pemain akan diletakkan disuatu kepulauan, dan anda perlu menjadi yang terakhir masih bernyawa dan membunuh pemain lain.

Apa yang menariknya mengenai permainan ini adalah ia masih dilabelkan sebagai Early Access di Steam – dimana bermaksud permainan ini masih pada peringkat pembangunan dan mempunyai pelbagai pepijat dan masalah.

Pembangunnya, mengatakan mereka kini merancang untuk melancarkan versi 1.0 menjelang penghujung Disember kelak – sekaligus mengubahnya kepada status stabil, dan bukan lagi Early Access.

Bersama-sama versi stabil, beberapa ciri-ciri dijangka diperkenalkan – termasuk untuk melompat melepasi halangan, selain penambah-baikkan kestabilan permainan dan prestasinya.

Selain daripada itu, permainan ini juga akan ke Xbox pada bulan Disember ini. Buat masa ini, pembangunnya masih belum mengumumkan bilakah ia akan diterbitkan untuk konsol PlayStation 4.

https://www.youtube.com/watch?v=zfpdWBzR2Ns

Leave a Reply