Nioh : Complete Edition Akan Ke PC Pada Bulan November Ini

Nioh, salah satu permainan aksi pengembaraan yang dilancarkan secara eksklusif di PlayStation 4 pada awal tahun ini, kini akhirnya akan ke PC tidak lama lagi. Pembangunnya telah mengumumkan hari ini yang mana mereka bakal menawarkan Nioh Complete Edition untuk pengguna PC pada bulan November kelak.

Dinamakan sebagai Nioh : Complete Edition, ia bakal akan turut menyertakan kandungan tambahan Dragons of the North, Defiant Honor dan juga Bloodsheds’s End.

Bagi yang tidak mengikuti Nioh, ia merupakan salah satu permainan RPG berbentuk aksi fantasi, dimana pemain akan bermain pada era samurai dan melawan pelbagai musuh, termasuk Yokai, sebuah makhluk supernatural.

Nioh : Complete Edition ini akan ditawarkan dalam bentuk digital sahaja, bermula 7 November ini di Steam.

Layari : Nioh Complete Edition

Sohor Kini