Informasi Permainan Video Terkini
Acara BlizzCon 2017 Bakal Berlangsung Hujung Minggu Ini – Acara Tahunan Oleh Blizzard Entertainment

Acara BlizzCon 2017 Bakal Berlangsung Hujung Minggu Ini – Acara Tahunan Oleh Blizzard Entertainment

Diterbitkan pada November 3, 2017 oleh .

Pembangun permainan seperti Overwatch dan World Of Warcraft, Blizzard Entertainment bakal mengadakan acara tahunan mereka iaitu BlizzCon 2017 bermula hujung minggu ini. Menurut CEO Blizzard Entertainment, Mike Morhaime, beliau menyatakan bahawa mereka bakal mengumumkan pelbagai pengumuman berlainan ketika cara tersebut.

Blizzcon akan berlangsung dari 3 hingga 4 November di Anaheim Convention Center di Amerika Syarikat. Pengumuman tersebut akan bermula pada 4 November ini jam 2 pagi waktu tempatan. Walaupun tiket untuk acara tersebut sudah pun habis terjual, anda juga boleh membeli tiket secara maya untuk menonton acara tersebut secara atas-talian di pautan ini. Tiket tersebut akan berharga $40(~RM170).

Seperti biasa, Kami di Aksiz akan berkongsi berita lanjut berkenaan pengumumam yang bakal diumumkan oleh Blizzard kelak.