Informasi Permainan Video Terkini
Ubisoft Menafikan Peningkatan Kadar Penggunaan CPU Buat Permainan Assassin’s Creed Origins Disebabkan Oleh Sistem DRM
PC

Ubisoft Menafikan Peningkatan Kadar Penggunaan CPU Buat Permainan Assassin’s Creed Origins Disebabkan Oleh Sistem DRM

Diterbitkan pada November 2, 2017 oleh .

Lanjutan daripada isu kadar peningkatan CPU disebabkan sistem DRM di permainan Assassin’s Creed Origins, Ubisoft kini menafikan bahawa perkara berkenaan adalah disebabkan dengan sistem DRM.

Menurut Ubisoft, segala peningkatan kadar penggunaan CPU buat permainan tersebut adalah disebabkan permainan tersebut. Untuk menghasilkan sistem dunia terbuka di kawasan mesir tersebut dengan segala keperincian permainan tanpa skrin loading, Assassin’s Creed Origins menggunakan kesemua pemproses mengikut spesifikasi PC tersebut.

Walaupun keperluan spesifikasi minimum buat permainan tersebut hanyalah Intel Core i5-2400s @ 2.5 GHz, namun dengan spesifikasi tersebut ia mungkin akan sukar untuk mendapatkan FPS sebanyak 30 secara stabil.

Namun begitu, Ubisoft menyatakan bahawa mereka akan mengemaskini perkara tersebut pada masa akan datang. Ubisoft juga menyatakan bagi mereka yang menghadapi sebarang masalah ketika bermain permainan tersebut, mereka menyediakan laman khas untuk mereka melaporkan sebarang masalah bagi permainan Assassin’s Creed Origins di sini.