Informasi Permainan Video Terkini
Sistem DRM Di Dalam Permainan Assassins Creed Origins Menyebabkan Kadar Penggunaan CPU Yang Tinggi
PC

Sistem DRM Di Dalam Permainan Assassins Creed Origins Menyebabkan Kadar Penggunaan CPU Yang Tinggi

Diterbitkan pada Okt 31, 2017 oleh .

Permainan Assassin’s Creed Origins telah pun dilancarkan pada 27 Oktober lepas. Ia dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC. Walaubagaimana pun, bagi pengguna PC, anda mungkin mengalami beberapa peningkatan kadar penggunaan CPU yang tinggi disebabkan sistem anti-cetak rompak yang terdapat di dalam permainan tersebut.

Beberapa minggu lepas, kami juga menyertakan keperluan spesifikasi permainan tersebut untuk PC. Walaupun spesifikasinya memerlukan pemproses kelas bangsawan, namun disebabkan dengan sistem anti-cetak rompak yang disertakan, anda mungkin mengalami beberapa masalah dari segi peningkatan kadar penggunaan CPU yang tinggi dan FPS tersangkut ketika bermain permainan tersebut.

Terkini, melalui laporan Torrent Freak, Ubisoft juga menyertakan sistem DRM VMProtect di atas sistem DRM Denuvo yang menyebabkan peningkatan kadar penggunaan CPU dari 30 hingga 40 peratus. Menurut laporan itu juga, Voksi daripada pasukan pencetak-rompak permainan Revolt menyatakan beliau mengetahui perkara tersebut selepas beliau melihat kod sumber permainan tersebut.

Walaupun tindakan sememangnya untuk memberhentikan pemain daripada bermain permainan yang dicetak-rompak, namun bagi mereka yang membeli permainan tersebut secara sah akan menghadapi masalah dari dengan kadar penggunaan CPU yang tinggi dan mungkin akan menyebabkan CPU pengguna menjadi terlampau panas untuk dimainkan terutamanya bagi pengguna yang menggunakan CPU kelas pertengahan.

Namun begitu, adakah ini tindakan wajar bagi anda untuk memberhentikan tindakan cetak-rompak yang berleluasa dengan mengorbankan kadar penggunaan CPU?