Informasi Permainan Video Terkini
Ini Adalah Keperluan Spesifikasi PC Untuk Assassin’s Creed Origins
PC

Ini Adalah Keperluan Spesifikasi PC Untuk Assassin’s Creed Origins

Diterbitkan pada Okt 6, 2017 oleh .

Spesifikasi PC bagi Assasin’s Creed Origins telah diumumkan oleh Ubisoft hari ini. Permainan yang akan dilancarkan pada 27 Oktober ini akan membenarkan pemain meneroka Mesir ketika era Firaun. Ia akan menceritakan asal usul keikhwanan pembunuh upahan yang diasaskan oleh Bayek.

Bagi spesifikasi PC pula ia adalah seperti di bawah. Dari apa yang dapat dilihat ia tidak memerlukan spesifikasi PC kelas bangsawan untuk dinikmati. Ubisoft mengesahkan ia menyokong resoslusi 4K, skrin 21:9 dan framerate yang boleh ditetapkan sendiri oleh pengguna (30, 45, 60, 90 FPS). Setelah dua tahun menghilang, masa untuk kembali ke dunia AC.

Spesifikasi Assassin’s Creed Origins
Pemproses Paling Minimum Intel Core i5-2400s @ 2.5 GHz
AMD FX-6350 @ 3.9 GHz
Pemproses Disarankan Intel Core i7- 3770 @ 3.5 GHz
AMD FX-8350 @ 4.0 GHz
Kad Grafik Paling Minimum NVIDIA GeForce GTX660
AMD R9 270 (2048 MB VRAM & Shader Model 5.0)
Kad Grafik Disarankan  NVIDIA GeForce GTX760
AMD R9 280X (3GB VRAM & Shader Model 5.0)
RAM Paling Minimum 6 GB
RAM Disarankan 8 GB
Ruang Pemasangan 45 GB
Sistem Operasi Windows 7 SP1 64-bit, Windows 8.1 64-bit, Windows 10 64-bit