Informasi Permainan Video Terkini
Asia Pacific Predator League 2018 – Kejohanan E-Sukan Dota 2 Oleh Acer

Asia Pacific Predator League 2018 – Kejohanan E-Sukan Dota 2 Oleh Acer

Diterbitkan pada Okt 31, 2017 oleh .

Kejohanan e-sukan tampaknya bakal menjadi satu acara yang sering diadakan di Malaysia tahun ini. Kini, Acer tidak melepaskan peluang mereka untuk mengadakan kejohanan e-sukan permainan Dota 2, Asia Pacific Predator League 2018 pada November ini dengan jumlah hadiah bernilai RM55,000.

Kejohanan ini akan bermula pada 4 hingga 5 November bagi pusingan kelayakan secara atas-talian. Manakala pusingan kedua pula akan berlangsung pada 11 hingga 12 November ini. Sehubungan dengan itu, pada 25 hingga 26 November, pusingan terakhir akan berlangsung di Mid Valley dan pemenang bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM25,000.

Bagi pemenang pusingan terakhir pula, mereka berpeluang untuk mewakili Malaysia untuk ke acara akhir antara pasukan-pasukan seluruh Asia Tenggara untuk meraih kejayaan dengan hadiah wang tunai sebanyak $150,000(~RM630,000) yang bakal berlangsung pada Januari 2018.

Bagi anda yang berminat untuk menyertai kejohanan Asia Pacific Predator League 2018, anda boleh melayari laman dibawah untuk mendaftar.

Daftar : Asia Pacific Predator League 2018