Lanjutan daripada pengumuman pihak Sony semalam, kini wakil Sony untuk rantau Asia telah mengumumkan yang mana permainan Gran Turismo Sport akan dilancarkan di Asia pada 17 Oktober 2017 kelak untuk para pengguna PlayStation 4.

Untuk pasaran Malaysia, ia akan ditawarkan dalam tiga variasi, iaitu Standard Edition pada harga RM229, Limited Edition pada harga RM269, dan Collector Edition pada harga RM499.

Gran Turismo Sport Limited Edition akan hadir dengan sebuah Art Book yang memperlihatkan pelbagai lakaran utama untuk kenderaan dalam permainan berkenaan – selain kandungan tambahan yang menyertakan lapan kereta untuk digunakan dalam permainan berkenaan. Disamping itu, untuk pemain awal, mereka turut akan menerima akses kepada tiga kenderaan tambahan untuk digunakan dalam permainan.

Disamping itu, sebuah versi digital akan turut ditawarkan pada PlayStation Store pada harga RM249 dinamakan sebagai Gran Turismo Sport Digital Deluxe yang turut akan menawarkan kandungan tambahan untuk dimuat-turun seperti pada versi Limited Edition. Versi muat-turun digital biasa pula ditawarkan pada harga RM219.

Untuk pengguna yang mendapatkan Collector Edition pula, anda akan turut menerima tambahan Diecast Car iaitu Nissan Concept 2020 Vision Gran Turismo.

Sohor Kini