Bersempena Paris Games Week 2017 yang berlangsung minggu ini, Quantic Dream berkongsi lanjut informasi berkenaan permainan tersebut terutamannya watak Kara.
Seperti trailer-trailer sebelum ini yang dipertontonkan oleh Quantic Dream, kali ini mereka menayangkan informasi lanjut berkenaan watak Kara, dimana pemain berupaya untuk memilih pelbagai jalan bentuk penceritaan untuk mendapat pelbagai pengakhiran yang berbeza.
Di dalam trailer tersebut, pemain akan mengawal sebagai Kara, seorang android yang menjadi pembantu rumah untuk keluarga Todd dan Alice. Sepanjang permainan tersebut pemain perlu melakukan pelbagai kerja rumah, seperti memasak dan mengemas. Namun, akibat keganasan yang dilakukan oleh Todd, beliau bakal menyederakan Alice. Ketika itu pemain diberi peluang untuk memilih pelbagai tindakan yang berbeza seperti untuk menyelamatkan Alice ataupun membiar Alice untuk dicederakan oleh Todd.
Pada Tokyo Game Show 2017 September lepas, saya berpeluang untuk menemu-ramah untuk Guillaume de Fondaumière, penerbit eksekutif bagi Quantic Dream. Pada Playstation Experience 2017 SEA Ogos lepas juga saya berpeluang untuk berkongsi pandang pertama untuk permainan tersebut.
Detroit: Become Human bakal dilancarkan secara esklusif di Playstation 4. Ia dijadualkan untuk dilancarkan pada musim bunga 2018.