Sony hari ini telah mengadakan sebuah acara ringkas bersempena Paris Game Show, sekaligus mengumumkan beberapa permainan baru. Salah satunya adalah Oure, iaitu sebuah permainan aksi pengembaraan fantasi yang tidak membawakan sebarang unsur keganasan melaluinya.
Melalui Oure, anda akan memainkan watak seorang budak yang memasuki dunia fantasi, membolehkan mereka berubah menjadi naga dan mengembara di awan.
Permainan ini dikatakan lebih memfokuskan kepada mencabar minda dengan pelbagai tekaria. Pemain perlu menyelesaikan pelbagai misi dengan kaedah yang unik dan berbeza berbanding pelbagai permainan lain.
Permainan ini telah mula ditawarkan bermula hari ini di PlayStation Store.