Pada hujung minggu lepas, ESL One Hamburg berlangsung di Jerman, iaitu acara kejohanan Major Dota 2 oleh ESL. Pasukan Virtus.Pro berjaya menjuarai kejohanan tersebut dengan mengalahkan pasukan Secret dengan skor 2-0 sekaligus meletakkan mereka sebagai juara ESL One Hamburg dan membawa pulang sebanyak $500,000(~RM2.12 Juta ). Manakala pasukan Secret membawa $200,000(~RM857,000) di tangga kedua diikuti pasukan Liquid dan Newbee.

Selain daripada hadiah wang tunai. ESL dengan kerjasama Mercedes-Benz juga menyumbang sebuah kereta Mercedes-Benz MVP untuk pemain terbaik ketika kejohanan tersebut. Dengan hasil undian penonton dan peminat, Alexei “Solo” Berezin dari pasukan Virtus.Pro berjaya membawa pulang sebuah kereta Mercedes-Benz MVP sebagai pemain terbaik (Most Valuable Player MVP) di acara kejohanan ESL One Hamburg.

Kami di Aksiz ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan Virtus.Pro atas kemenangan ESL One Hamburg.

 

Sohor Kini