Informasi Permainan Video Terkini
Jom Tonton : Dokumentari Yoshitaka Amano – Ilustrator Siri Permainan Final Fantasy

Jom Tonton : Dokumentari Yoshitaka Amano – Ilustrator Siri Permainan Final Fantasy

Diterbitkan pada Okt 30, 2017 oleh .

Peminat siri permainan Final Fantasy, pasti kenal dengan ilustrasi ikonik di dalam logo-logo permainan Final Fantasy. Kesemua-semua karya-karya tersebut dihasilkan oleh Yoshitaka Amano, seorang ilustrator yang terkenal dengan hasil karyanya yang unik dan bertemakan fantasi.

Antara hasil karya beliau yang terbaru adalah ilustrasi Big Bang untuk permainan Final Fantasy XV dimana ia dipertayangkan buat pertama kalinya ketika acara Final Fantasy XV Uncovered.

Kini, dengan kerjasama Mana Books, mereka menghasilkan sebuah dokumentari berkenaan Yoshitaka Amano. Berkisahkan berkenaan proses kreatif beliau, kisah bermulanya dia ilustrasi dan bagaimana beliau mula membuat ilustrasi untuk permainan Final Fantasy.

Bagi anda yang berminat untuk menonton dokumentari bertajuk “Amano – his universe, on paper”, anda boleh menontonnya di laman video Vimeo di bawah.