Skip to main content

Kerjasama antara EA dan FIFA bukan suatu yang asing lagi. Mereka sedia hadir dengan beberapa perlawanan e-sukan sebelum ini, dan kini mereka melangkah setapak kehadapan dengan mengumumkan e-Piala Dunia FIFA 2018.

FIFA eClub World Cup

Melaluinya, ia akan menyaksikan para pemain e-sukan FIFA untuk bersaing bersama lain untuk memenangi kejuaraan peringkat dunia ini = lebih kurang sama seperti apa yang dilakukan oleh FIFA melalui perlawanan bola sepak yang diadakan 4 tahun sekali.

e-Piala Dunia FIFA 2018 ini akan menyaksikan perlawanan beberapa peringkat termasuk melalui FIFA Ultimate Team Champions Weekend League, selain melalui beberapa fasa perlawanan bermula bulan Januari 2018 kelak.

Dan pada Jun 2018 kelak pula, seramai 128 peserta akan dibahagikan kepada dua, iaitu 64 peserta daripada PlayStation 4 dan baki 64 melalui Xbox One.

FIFA eClub World Cup

32 pemenang daripadanya akan menyertai FIFA eWorld Cup 2018 kelak, dan pemenangnya akan dianugerahkan sebagai juara dunia untuk EA FIFA.

Leave a Reply