Skip to main content

Vainglory merupakan salah satu permainan MOBA yang popular pada peranti mudah-alih. Pembangunnya sebelum ini telah mengumumkan mereka akan menambah sokongan 5v5 pada permainan berkenaan, dan hari ini telah turut membuka pendaftaran minat untuknya.

Vainglory 5v5 akan membolehkan anda bermain bersama empat rakan lain untuk mencabar pasukan lawan dengan lima pemain lagi. Ia akan menggunakan rekaan peta yang berbeza daripada peta untuk permainan 3v3.

Vainglory 5v5

Super Evil Megacorp turut mengatakan yang mana Vainglory 5v5 bakal diperkenalkan kepada umum secara rasminya pada acara Vainglory8 World Championship yang bakal berlangsung antara 14-17 Disember kelak.

Bagi anda yang berminat, dan ingin mencubanya lebih awal daripada lain, boleh mendaftar minat pada laman Vainglory 5v5 hari ini.

[info]Layari : Vainglory 5v5[/info]

Leave a Reply