Informasi Permainan Video Terkini
Saksikan Liga Dota 2 MESL Secara Percuma Melalui Video-Onz U Mobile

Saksikan Liga Dota 2 MESL Secara Percuma Melalui Video-Onz U Mobile

Diterbitkan pada Okt 26, 2017 oleh .

Pada Ogos yang lepas, U Mobile bersama Mineski dan Logitech mengumumkan liga Dota 2 MESL, kini, bersempena dengan acara liga tersebut, U Mobile mengumumkan bermula 21 Oktober sehingga 21 Januari, pelanggan U Mobile berupaya untuk menonton strim langsung liga Malaysia E-Sport League (MESL) secara percuma.

Untuk menikmati strim langsung tersebut secara percuma, pelanggan U Mobile hanya perlu menonton saluran Astro eGG di aplikasi Astro Go bersama dengan servis Video-Onz, iaitu servis percuma oleh U Mobile untuk menonton strim video tanpa had. Anda juga boleh menonton strim langsung perlawanan tersebut secara langsung di Twitch.

Pada hujung minggu lepas, pusingan pertama bagi pusingan berkumpulan berlangsung dengan jayanya. Pada 28 Oktober ini, pusingan kedua bakal berlangsung dengan perlawanan pertama antara pasukan CCNC.Reborn dan NeverThought pada jam 2 petang. Anda boleh menonton acara tersebut melalui aplikasi Astro Go di saluran eGG secara percuma dengan Video-Onz ataupun melalui laman Twitch.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan liga Dota 2 terbesar di Malaysia MESL bermula 28 Oktober ini.