Bermula 17 sehingga 29 Oktober ini, Harvey Norman mengadakan expo permainan video di Paradigm Mall, Petaling Jaya dimana anda berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti dan memenangi pelbagai hadiah.
Di expo tersebut juga, terdapat pelbagai reruai daripada jenama-jenama permainan video seperti AMD, Sony Playstation, Garena, HP Omen dan MSI. Berikut adalah senarai sebahagian pertandingan yang terdapat di expo permainan video tersebut.
Bagi mereka yang ingin membeli barangan permainan video, Harvey Norman juga mengadakan beberapa promosi khas dan hadiah bagi pengujung-pengujung yang membeli barangan permainan video di expo tersebut.
Jangan lepaskan peluang anda untuk menghadirkan diri ke expo permainan video Harvey Norman di Paradigm Mall, Petaling Jaya bermula hari ini sehingga 29 Oktober ini.