Informasi Permainan Video Terkini
Animal Crossing : Pocket Camp Kini Disenaraikan Di Google Play – Tidak Menyokong Malaysia

Animal Crossing : Pocket Camp Kini Disenaraikan Di Google Play – Tidak Menyokong Malaysia

Diterbitkan pada Okt 25, 2017 oleh .

Nintendo sedia dikatakan bakal melancarkan permua Animal Crossing tidak lama lagi. Kini, lanjutan daripadanya, Nintendo telah menyenaraikan Animal Crossing : Pocket Camp di Google Play Store, sekaligus membolehkan pengguna di sejumlah negara untuk mendaftar minat.

Walaubagaimanapun, salah satu perkara yang sedikit mendukacitakan adalah permua ini tidak menyokong pengguna dari Malaysia buat masa ini.

Animal Crossing

Nintendo sendiri sebelum ini telah melancarkan sejumlah permua, dan Malaysia sering menjadi negara yang menerimanya sedikit lambat berbanding yang lain.

Animal Crossing : Pocket Camp memfokuskan kepada permainan berbentuk perkhemahan – dimana anda boleh membina Campsite kegemaran dengan kreatif dan menarik melaluinya.

Sekiranya anda berada di luar Malaysia, anda boleh mendaftar minat di Google Play Store hari ini.

Layari : Animal Crossing : Pocket Camp di Google Play Store